Ni le gambar terbaru family aku. Kira kali ni gambar lengkap ar. Semua ahli majlis tertinggi ada kakakka. Nak aku introduce ke?? Ok ok aku kasi info sket2 ek.
1) Ayah aku a.k.a Azis Achim & Mak aku a.k.a Patimah Ibrahim (tp nama glamour mak aku Cik Senah..jauh betul bunyinya dr nama asal kan. Kalau korang gi kat flat mak aku tinggal kan..ko tanya la nk cari cik patimah..mampos la org tak kenal kakka...tak percaya??? cuba try test :P
2) Aku @ Ayong a.k.a Haslinda...hubby Muhammad Mohd Taib, anak - Haziq & Haikal. Tau kan mana gambar aku & family. Tak tau gak...tanak kawan korang muahahaha. Keje ?? aku keje kulikutip jek. Tp aku suka gak la keje aku kan. Masuk opis kul 9am..balik kul 5.30pm. tiap2 25hb gaji masyukkk..tak mencabar langsung kan. Tp pedulik la...aku suka hahaha.
3) Angah / Haslina - Adik aku no.2. Adik ipar aku nama Lokman. (gambar sblh ayah aku tu...blkg tu le hubby dia...anak dia si Yasmin) gambar yasmin tak payah aku bagitau le mana satu sbb dia sorang jek anak buah perempuan aku. Keje?? Adik aku ni dulu receptionist jek. Selalu nau bertukar2 keje. Lps yasmin lahir jd SAHM. Bila yasmin masuk tadika...dia lak jg cikgu tadika bleh?? Skrg ni lps anak masuk darjah 1 pun dia still mengajar kat tadika. Reason guru beso tu soh dia jd cikgu sbb tgk yasmin masuk tadika mmg dah pandai memacam. Kelakar..kelakar.
3) Lan / Haslan - Ni adik aku no 3. Wife dia nama Siti Khadijah. (tu dlm gambar yg tinggi cam galah pakai spec tu. Siti lak..yg kecik molek pakai tudung tu hehe) Anak dia 2-2 boys. Keje?? Dorang berdua ni mengajar kat Kolej Komuniti Tawau, Sabah. Dia ni mmg mat sempoi gile babas. Buat apa pun ikut sukehati dia jek. Tak byk ckp orgnya. Sib baik ler bini byk ckp sket. Kalau tak senyap sunyi je aku rasa hahaha. Kalau bab2 komputer ni kasi kat dia..mmg pandai bikin. So kalau nk repair apa2 soh dia je..jimat duit hehe.
4) Man / Azman - Ni yg bongsu. (dlm gambar yg tgh mencangkung pakai baju biru tu). Lom kawen lagi. Tp kat sebelah tu sapa ek? jeng jeng jeng...wat suspen sket kakaka. Tu gf dia a.k.a Cik Wanie. (cepat2 ler kawen...dah lama takde kenduri kawen ni :P:P). Keje?? Engineer. Engineer apa...ko jgn tanya aku..tak tau le akak dik non! selalu ler naik kapal gi belayar mcm popeye the sailorman kakaka. Tp aku suke gak le sbb dia leh gi byk tempat..so bleh ar kirim fridge magnet FREE. (tu kira kirim ke?? haha).
Setakat ni tak berubah lg ar jumlah ahli keluarga aku. Tp tak tau ler kot esok lusa..si Man nk kawen ke, adik2 aku tambah anak ke..so bleh le di update kendian :D
Test 1
3 years ago
3 comments:
syokkan sekali sekala p jalan ramai2 ngan 1 family...
cop.. yang sweet2 kat bawah tuh adik ipo ko kah??? bestnya dapat jalan satu family. mesti meriah kan..
yang sweet2 ja maksudkan mesti yg pakai baju pink dan rambut panjang tu kan? hehe.... tula meriah cuti satu family macam ni, tak pernah lagi family aku buat pi cuti cam ni cukup korum... mesti tak cukup...
Post a Comment