skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Mama 3H
View my complete profile

Blog Archive

  • ► 2011 (1)
    • ► November (1)
  • ▼ 2009 (73)
    • ► December (2)
    • ► October (5)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (12)
    • ► June (14)
    • ► May (8)
    • ► April (5)
    • ► March (3)
    • ► February (3)
    • ▼ January (13)
      • Anak saya....
      • Entry masak memasak :P
      • 10 tahun yg lalu....
      • Harini saya
      • Cara-cara nak kasi adik senyap
      • Gula2 Telur
      • Kisah saya pulak
      • Semalam....
      • Cuba teka
      • Mulai 1 Jan 2009.....
      • Family Pak Azis
      • Back to School
      • Tahun Baru 2009
  • ► 2008 (18)
    • ► December (15)
    • ► November (3)

My Blog List

  • ~iamja is back~
    Test 1
    4 years ago
  • rilex kejab..hilangkan tension
    Random thoughts
    6 years ago
  • THE K.E.K's
    I am a milk factory and I am proud of it...
    9 years ago
  • .Live.Life.To.The.Fullest.
    im bored and i do miss blogging!
    10 years ago
  • My CrazyArtZone
    Maxi Skirt Putih
    10 years ago
  • ya saya
    B Y E B Y E
    13 years ago
  • Me vs Highheels
    GIAN
    13 years ago
  • Khadijah
    Birthdayku
    16 years ago
  • Sugarbuds
  • 3 Adam
  • u.m.m.i.z.z
  • ~ The Love of My Life ~
  • al-kisah sikudus

Followers

Site Meter

Diari Kehidupan

Tuesday, January 27, 2009

Anak saya....

ADAM HAIKAL kena chicken pox!!!!!!!!!!

kesian anak saya. baru 1thn 6 bln dah kena. Balik dari nursery Jumaat lepas..pengasuh kata ada biji2 kat badan dia. Sekali gi bwk jumpa doctor mmg confirm la chicken pox. Yg saya geram tu..sblm Haikal kena...+/- 2 weeks ago..ada le sorang budak ni dlm umur 3-4 thn kena chicken pox. Yg best tu..time biji2 tu nk kering (bertukar jd cam kudis tu)..mak bapak dia bleh pi hantar ke nursery. Apa ke....eiiii geram betul. Time tu le senang menjangkit. So lps budak tu baik..Haikal & Dania (anak member sri hijau) pulak yg kena. Uwaaaa..siyan anak teruna. Penuh muka & badan. Skrg ni nampak mcm dah nak kering. Mesti berkesan2 la tu nanti. Korang ada apa2 petua tak tanak kasi berparut?? kalau ada sila la share ye. Saya sungguh susah hati memikirkan kesan2 parut lepas baik nanti. Uwaaaaaaa...tolonggg...tolongggggg :(
Posted by Mama 3H at 4:01 PM 8 comments

Friday, January 23, 2009

Entry masak memasak :P

Haritu Rina letak menu dinner dia kan . Harini saya letak menu dinner mlm td kat umah hahaa.
Ni menu org malas aje...sambal sardin, sayur kobis msk lemak dgn telur masin. sekali masak ketiga2 benda ni serentak atas dapur. Jimat masa saya hehe.





Dah siap......jom makannnn :D:D

Mlm ni nk masak apa pulak ek?? Tepu otak kadang2 sbb tak tau nak masak apa.
Posted by Mama 3H at 7:02 AM 10 comments

Wednesday, January 21, 2009

10 tahun yg lalu....

Mengantuk tahap gaban ni. Godek gambar2 kat pc terjumpa pic lama ni huhuhu. Ni ler gambar i masa kawen huhuhu. Tgk gambar ni buat aku tersenyum sendiri. Mana taknye...lain benar rope paras dolu & sekarang hahaha. Lantak la camne rope paras pun kan janji aku happy hehe.

Cerita pasal kawen ni...dah lama benar takde kenduri kawen dlm family aku. Last kenduri masa kawen adik aku yg no.3 tu time tsunami melanda (dec 2004). Adik aku yg bongsu bila plak ek?? tungguuuuuuuuu kad jemputan dari aku ye hehehe.


ps : esok aku akan ke habib klcc utk membeli ****** utk majlis ******* hihihi. syoknyeeeee.
Posted by Mama 3H at 3:21 PM 11 comments

Tuesday, January 20, 2009

Harini saya

C.U.T.I. separuh hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


kenapa?? nak gi merayap cari buku teks science haziq yg hilang....geramnya sayaaaaaaa. baru 2 minggu sekolah...dah hilang buku. Ni yg tak bestnya dpt buku pinjaman ni. Skrg ni susah tau nak cari buku teks kat kedai buku luar.

kat mana?? maybe jap lagi saya akan merayap kat Jln TAR aje. sana kan byk kedai buku. Cari je la jap lg kalau jumpa. Mintak2 jumpa la. Kalau tak..camne nak belajar kan. Lps tu boleh lah saya merayap ke Sogo pulak sementara nak tunggu tok laki saya kul 6 :D

ok..gerak dulu...babai
Posted by Mama 3H at 12:21 PM 4 comments

Monday, January 19, 2009

Cara-cara nak kasi adik senyap

Sekarang ni perangai adik sangat lah over. Tak terlarat dah mama dia nak melayan karenah dia yg over tu. Cara yg paling berkesan nak kasi dia senyap ialah...on kan tv..bukak la channel berapa pun asal ada cartoon & muzik..dia akan statik depan tv buat hal dia sdri hahhahaha. Dgn cara ni dpt la mama dia buat kerja rumah dgn aman tenteram. Bagus betul kan mama dia kakakaka. Tp kan cerita cartoon tu tak bertahan lama. Nanti dtg abah..terus ditukarnya ch.411,412,413, ke..tak pun..cerita2 di axn. gggrrrrr....start ar lepas tu adik wat perangai lagi..dan mama pun mula menjerit lagiiiiiiii. kalau masuk AF..confirm aku bleh nanyi note tinggi ni. kakakaka.....stressssssssssssss.


**adik tgh menggaru kepalanya yg tak gatal & tanpa kelemumur itu. pening kut tgk cartoon tu haha
Posted by Mama 3H at 9:55 AM 0 comments

Friday, January 16, 2009

Gula2 Telur

Dulu masa kecik2..suka sgt makan gula2 ni. Dah berbelas tahun tak jumpa & makan . Kebetulan masa keluar makan kat PD baru2 ni..ternampak la gula2 telur. Tanpa pk panjang terus beli. Ermmm sedapnyaaa. Haziq siap tanya tu..gula2 apa ni mama?? Dia mcm pelik la kan sbb kedai kat umah tak pernah jual. hehehe...Gula Telur la nama dia. Tp lepas tu byk la pulak soalannya. Apsal nama gula telur?? rasa best tak?? nape telur nya kecik2..Adeiii..makan je la abang...banyak songeh la pulak. Grrr.....



Posted by Mama 3H at 11:41 AM 9 comments

Thursday, January 15, 2009

Kisah saya pulak

Selepas baca 16 perkara tentang diri kawan2 yg di tag oleh puan elin kita...okeh skrg giliran saya plak memerah otak hehe


Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog/Facebook note with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this

1) Saya suka benar mengemas & menghias rumah. Tp memandangkan rumah hanyalah sekangkang kera..so terpaksa lah hias seminimum yg mungkin. Lg pon ada 2 hero kat umah tu membataskan hobi2 saya. Asal rumah kemas & bersih aje cukup la skrg ni. Nak berhias2 mmg tak boleh dah skrg sbb haikal suka 'mengemas'

2) Saya ni penyedih orangnya. Masuk sekolah tadika menangis, masuk sekolah rendah menangis, masuk sekolah menengah menangis...sampaikan nak masuk uitm pun saya menangis gak. Masa kecik2 mmg mak saya pening kepala lah kan. Abis dah kena menunggu saya kat sekolah dekat sebulan hehehe. Asal tak nampak kelibat mak aje..saya pun uwaaaaaaa. Sifat penyedih ni terbawa2 sampai la skrg. Last week 1st time hantar anak kat nursery pun saya menangiss...uwaaaaa..sedihhhhhhhh. Asal ada benda yg sedih2 aje mmg mata ni senang betul nak menangis. Masalah gak kan huhuhu. Tp satu je saya pelik..pada hari saya nikah..saya tak nangis pun. Tgk org nikah semua sedih2..ingatkan nanti saya pun akan alami benda yg sama. Ni terbalik plak..saya happy je..kekeke.

3) Suka makan lauk ayam. Tak kira lah masak apa pun. Kalau pergi kenduri kawen tak nampak lauk ayam terasa kurengg je kenduri tu. Balik mesti rasa lapar. Tp kat rumah takde la masak lauk ayam hari2. Gilo apo kuikuikui...mau muntah anak2 & laki kalau hari2 telan lauk ayam.

4) Tak pernah ada boyfriend sehinggalah umur 19 thn. Sekolah rendah walaupun campur tp tak reti ar cinta2 monyet ni. Naik menengah sekolah perempuan. Lg ar..anti lelaki sungguh masa tu. Masa form 6 masuk sekolah campur balik..pun tak reti nak bf2 ni. Bila masuk uitm melaka tetiba jek ramai peminat huhuhu ( ada la 2-3 ekor mamat yg nak declare konon2 kan) Tiba2 masa part 1 saya dah ada bf budak accounting. Aduhh poyo je kalau di ingat2 balik. Tp kejap je la . Naik part 3 saya dah kenal dgn suami terchenta hehehe. Dia kat KL saya kat Melaka. Ala2 jarak jauh la. Tp takde maknanya sbb tiap2 minggu balik KL huhuhu.

5) Dulu2 cita2 saya nak kawen dgn org yg kerja kat pejabat aje. Kenapa?? Ntah la..saya tak suka kena tinggal lama2 kot. Siap cakap dgn kawan2 lagi tu..nak kawen dgn org yg camni2..camtu2..alhamdulillah dimakbukan Allah.

6) Saya ni seorang yg SETIA. Lps habis belajar saya keje kat site office sheraton office tu. Keje as junior secretary. Tak lama kat situ sbb suasana office yg tak memberangsangkan. Tak sampai seminggu menggangur..saya keje kat office lama saya. Kira dari May'98 sampailah Sept'01. Oct '01 department saya dah merge dgn department company lain (jepun gak la kan) and bukak satu company lain. Start merge tu sampai la ke hari ni saya di office yg sama. Lama kan. Mls nak tukar2 tempat kerja sbb dah selesa kat sini. Awal2 keje dulu ada gak dpt offer kat bank tp saya tolak sbb gaji yg saya dpt kat sini lg byk sket drpd jd bank officer. (saya belajar banking dulu hehe). Saya juga sangat 'setia' kat bf saya dulu @ suami terchenta. Lps kawan dgn dia mmg saya tak ada bf lain kat itm hehehe.(tu pun dia masih tak percaya..patut ke??? )

7) Saya tak pandai tawar menawar. Kata lah penjual kata harga Rm10. Saya mintak tawar dia kasi RM9. Saya terus beli aje. Tak reti betul lah bab2 ni. Tak tau kenapa. Masa kat Bandung aritu, Mad yg tolong tawar menawar bab2 beli barang ni. Kalau saya aje yg gi beli..harus la kena tipu aje ermm...

8) Sangat garang dgn anak2. Especially dgn Haziq. Kalau dia mengada2 mmg saya akan jadi tarzan. Garang2 saya...garang2 manja la kot. Takde lah macam mak tiri. Kalau tak buat camtu..mmg teruk la perangai anak2 saya nanti. Selalunya lepas jadi garang saya akak cool down and mula lah rasa sedih sbb dah marah2 sblmnya kan. So perkara no.2 tu jd la kat saya balik hehehe. Mcm tu ler selalunya.

9) Suka keluar jalan2/shopping2. Tak beli barang pun takpe..asal dpt berjalan hehe. Sampaikan kalau saya sakit aje..terus anak saya ckp kat abah dia ajak saya pergi keluar jalan2. Nanti mesti mama sihat muahahaha. Sungguh sengal betul statement anak saya tu. Tp mmg betul pun. Kalau saya sakit dorang ajak keluar..terus saya sihat. Tp balik umah automatik saya sakit balik hehehe.

10) Tak suka dengan orang yg suka menipu. Sekali kena tipu....beratus2 kali saya tak percaya dah.

11) Kalau keluar bershopping saya tak berkira sgt kena keluar duit beli barang mahal2 utk anak2. Tp kalau nak beli barang sdri...berkira2 tu. Kadang satu2 benda yg saya nk siap boleh bertangguh2 hehehe. Nak buat camne kan..dah jadi mak org ni. Korang pun mesti sama kan :D

12) Hp saya digunakan hanya utk buat call, receive call, sms, mms & guna calculator saja. Function2 yg lain saya tak tau dan tak pernah ambik tau :D. Bukan setakat rabun mata aje..saya juga mmg rabun bab2 IT ni.

13) Masa kecik2 suka sangat la mengekor mana mak/ayah saya nk pergi. Sampai satu haritu ...punya la nak ikut mak pergi mana tah..saya berlari2 sampai jatuh tersungkur kat tanah. Kebetulan pulak ada serpihan pasu kat situ. Apa lagi terkena la dahi saya (sib baik bukan kena mata fuhh). Sampai skrg ni tanda parut tu ada kat dahi ni. Biasa la kan budak 'baik'. Tanda ni jugak la yg akan berada kat tubuh badan saya sehingga ke akhir hayat hehehe. Tu tanda kat dahi. Saya juga ada tanda lahir. Rasanya mak/ayah saya & suami je la tahu kat mana. tak leh bagitau...rahsiaa.

14) Saya sgt malas belajar. Tp dlm malas2 tu..saya lulus semua peperiksaan penting kat M'sia nih hehe. Sampai le belajar kat itm pun saya sgt malas. Part 1 & 2 kena repeat paper Economy. Tak best betul la ...tp masa part 5..saya berjaya cover balik & CGPA saya naik semester tu. Sungguh tak percaya...Di sebabkan saya malas belajar (sambung amik degree..tak mcm kawan2 yg lain), abis belajar aje..keje 2 bln baru..saya dah bertunang. Jgn salahkan saya sbb suami saya yg beriya2 nk bertunang!!! Tp saya suka gak la...sbbnya saya tak payah nak gi belajar lagi kakaka. Apa nye alasan la camtu kan.

15) Saya ada 3 orang anak lelaki. Yg selalu muncul kat flickr, fp, blog, fb cuma 2H aje kan. sorang H lagi sudah dia atas sana. Walaupun saya tak ada gambar H yg seorang ni...tp wajahnya tetap dalam ingatan saya sampai bila2.

16) Dah terikut2 hobi Hanis..suka kumpul fridge magnet. Tiap kali adik saya pergi mana2..saya akan kirim FREE dari dia hahaha. Nasib la ko dpt kakak camni kan :P:P . Since cik gf dia pun jenis suka berjln2 merata donia...saya tak kira ...nak 'kirim' gak fridge magnet kat dia. Nak pergi berjalan2 ni kena ada duit terlebih...tp saya ni tak pernah pun ada duit terlebih2...camne tu. Tu pasal saya pandai 'terlebih' kirim aje hehe.

ok la...penat dah perah otak. nak gi makan dulu...
Posted by Mama 3H at 11:11 AM 8 comments

Wednesday, January 14, 2009

Semalam....

Adalah hari yg sgt memenatkannn!!!!!!!!!!!!

5.40pm - keluar dari ofis..terus jln kaki gi Station Bkt Nanas..naik monorail ke Medan Tuanku. Dlm 6pm singgah Giant Maju Junction beli sayur & biskut utk adik.

6.15pm - Abh 2H dah tunggu kt pertama complex (dia kuar ofis 6pm). Naik moto ada la x sampai 10 min kot. Simpan brg2 dlm bakul terus balik BMC

6.45pm - dah sampai area kondo. Letak motor, naik kereta..terus ke nursery nk ambik budak2. Haikal dah ready nk balik tp Abg Haziq lom sampai lg. Sekolah habis kol 6.45pm...dekat kol 7.10pm baru abg sampai depan nursery. Tunggu la kejap sambil sembang2 dgn member2 kondo yg tgu anak sama2.

7.20pm - sampai umah. terus simpan brg2. Haziq dikerah gi mandi. Abah jaga adik...mama dia apa lagi msk ar. Kuarkan lauk dr peti. Terus msk sambal udang & sup sayur+fishball. B4 8pm dah siap. Terus gi mandi + buat apa2 yg patut. Kul 8pm semua kena paksa dinner hehehe.

8.30pm - Kemas dapur sambil mesin kain baju. sambil2 tu monitor haziq wat homework maths. Since homework dia senang sgt...kejap ar siap. Dlm pada monitor haziq tu aku sempat gak la gosok baju skolah haziq sampai jumaat ni. Beli baju baru 3 psg. Tp rasa tak cukup aje. Mmg skrg kena gosok 5psg la kot. Kalau tidak mmg penat nk gosok baju sekolah selalu.

9.30pm - Haziq dah kemas2 buku sekolah ikut jadual esoknya (Rabu). Soh dia gi tgk tv dulu. Mama dia lak tak habis2 keje lg. Tgk baju dah menggunung tak berlipat. Nk susun baju adik utk letak dlm bag nursery pun dah takde baju dlm drawer. Ermm...gi lipat kain pulak. Tu pun sempat lipat separuh aje. Adik dah wat hal. Angkut adik bwk masuk bilik utk ditidurkan. Abg dia awal2 dah terlelap depan tv. Angkut semua dlm bilik. Last2 mama dorang tido dulu. Adik nangis..mls mama dia nk layan perangai ngada2 dia. Tak tau ler kul berapa dia tido.

6.15am (harini) - bgn pagi tgk baju yg x habis lipat abah dia dah masukkan balik dlm bakul, baju yg dah lipat dah disimpan dlm almari masing2. Kain dlm mesin basuh dah settle di jemur kat yard. Dapur clear. Hall pun clear :D:D. So rutin pagi pun bermula la macam biasa.........

PENATTTTTTTTTTT
Posted by Mama 3H at 9:58 AM 3 comments

Tuesday, January 13, 2009

Cuba teka

Cuba korang teka apa benda ni??? Menatang ni murah aje. Rm20 seketol kalau tak silap lah kan. Mana nak dpt benda ni??? Ada di jual kat pasar pudu (mengikut kata penjualnye la kan @ neighbour sblh umah). Nak tau ke apa bendanya......jom kita lihatttttt :P:P

turun bwh lagiiiiiiii















lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii







lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii







ok la tak nak main2 dah. see..apa korang nampak ni?? ni la tempat letak rokok suami saya yg sangat poyo merokok!!!!! katanya..dlm ni boleh letak 10 btg rokok sahaja!! repeat..10 btg sahaja. Oleh itu dia telah meng'limit'kan dirinya supaya menghisap rokok max 10 btg rokok aje sehari. Ape ke!!! Sabo jek la mendengarnya. Katanya lagi..bekas rokok ni senang letak dlm poket..tak kemek, kalis hujan (kalau hujan..rokok tak basah...). Lg satu..tak payak nk bwk lighter sekali sbb kt tepi tu..bila dipetik mmg keluar api. Ermm sabar je la kan.


Moral of the story : Jgn kasi tok laki korang yg merokok tgk menatang ni. Silap2 dorang pun nak beli seketol sbb byk kegunaannya :P:P
Posted by Mama 3H at 3:08 PM 3 comments

Mulai 1 Jan 2009.....

mama saya pakaikan saya seat belt bila duduk dlm kereta :P:P. Tp memandangkan saya penumpang yg tidak berhemah...kejap je saya berkeadaan macam ni kekekeke....ada la 5-10 minit aje..lepas tu saya meronta2 nak dilepaskan :P:P



Kawan2 saya yg lain camne?? Mama pakaikan seat belt gak ke kalau duduk kat belakang??
Posted by Mama 3H at 10:51 AM 8 comments

Thursday, January 08, 2009

Family Pak Azis

Ni le gambar terbaru family aku. Kira kali ni gambar lengkap ar. Semua ahli majlis tertinggi ada kakakka. Nak aku introduce ke?? Ok ok aku kasi info sket2 ek.

1) Ayah aku a.k.a Azis Achim & Mak aku a.k.a Patimah Ibrahim (tp nama glamour mak aku Cik Senah..jauh betul bunyinya dr nama asal kan. Kalau korang gi kat flat mak aku tinggal kan..ko tanya la nk cari cik patimah..mampos la org tak kenal kakka...tak percaya??? cuba try test :P

2) Aku @ Ayong a.k.a Haslinda...hubby Muhammad Mohd Taib, anak - Haziq & Haikal. Tau kan mana gambar aku & family. Tak tau gak...tanak kawan korang muahahaha. Keje ?? aku keje kulikutip jek. Tp aku suka gak la keje aku kan. Masuk opis kul 9am..balik kul 5.30pm. tiap2 25hb gaji masyukkk..tak mencabar langsung kan. Tp pedulik la...aku suka hahaha.

3) Angah / Haslina - Adik aku no.2. Adik ipar aku nama Lokman. (gambar sblh ayah aku tu...blkg tu le hubby dia...anak dia si Yasmin) gambar yasmin tak payah aku bagitau le mana satu sbb dia sorang jek anak buah perempuan aku. Keje?? Adik aku ni dulu receptionist jek. Selalu nau bertukar2 keje. Lps yasmin lahir jd SAHM. Bila yasmin masuk tadika...dia lak jg cikgu tadika bleh?? Skrg ni lps anak masuk darjah 1 pun dia still mengajar kat tadika. Reason guru beso tu soh dia jd cikgu sbb tgk yasmin masuk tadika mmg dah pandai memacam. Kelakar..kelakar.

3) Lan / Haslan - Ni adik aku no 3. Wife dia nama Siti Khadijah. (tu dlm gambar yg tinggi cam galah pakai spec tu. Siti lak..yg kecik molek pakai tudung tu hehe) Anak dia 2-2 boys. Keje?? Dorang berdua ni mengajar kat Kolej Komuniti Tawau, Sabah. Dia ni mmg mat sempoi gile babas. Buat apa pun ikut sukehati dia jek. Tak byk ckp orgnya. Sib baik ler bini byk ckp sket. Kalau tak senyap sunyi je aku rasa hahaha. Kalau bab2 komputer ni kasi kat dia..mmg pandai bikin. So kalau nk repair apa2 soh dia je..jimat duit hehe.

4) Man / Azman - Ni yg bongsu. (dlm gambar yg tgh mencangkung pakai baju biru tu). Lom kawen lagi. Tp kat sebelah tu sapa ek? jeng jeng jeng...wat suspen sket kakaka. Tu gf dia a.k.a Cik Wanie. (cepat2 ler kawen...dah lama takde kenduri kawen ni :P:P). Keje?? Engineer. Engineer apa...ko jgn tanya aku..tak tau le akak dik non! selalu ler naik kapal gi belayar mcm popeye the sailorman kakaka. Tp aku suke gak le sbb dia leh gi byk tempat..so bleh ar kirim fridge magnet FREE. (tu kira kirim ke?? haha).

Setakat ni tak berubah lg ar jumlah ahli keluarga aku. Tp tak tau ler kot esok lusa..si Man nk kawen ke, adik2 aku tambah anak ke..so bleh le di update kendian :D

Posted by Mama 3H at 1:55 PM 3 comments

Tuesday, January 06, 2009

Back to School

Baru 2nd day kat sekolah Abg Haziq dah ada homework!!! Maths & BM Karangan. Actually ala2 cikgu nk tgk penulisan je aku rasa sbb homework dia tu kena salin balik apa yg tertulis kt buku teks aje. Pada aku takyah buat pun xper. Tp maybe cikgu tak nak murid buang masa..so kasi ler budak2 buat keje sket kan. Ermm..layan jek la. Lg pun minggu pertama mmg selalu tak belajar sgt.

Sejak bukak sekolah sesi 2009 ni....aku kena ubah rutin harian sket. Iyo lah kan..dulu anak2 hantar umah mak..sukahati aku ler lambat ke apa. Brg tinggal no hal lah..kt umah mak mmg ada spare..tak pun ayah aku dtg umah ambik brg tertinggal. Skrg dah dok nursery...pepagi buta aku dah bangun check barang2 anak hehehe. Baju keje, baju sekolah mmg aku dah gosok in advance lah..sabtu/ahad mesti dah siap. Oh ye..since anak aku skrg mmg nk mkn malam..so hari2 terpaksa la masak. Lauk2 beli weekend..siang/bersihkan siap2..simpan dlm fridge. Bwg merah/putih mmg dah blend siap2 utk 2 minggu hehe. Sonang keje akak kuikuikui. Balik umah je lps amik anak terus bersilat kat dapur. Aku ni kalau buat keje mmg nk cepat & pantas. Aku akan make sure msk utk dinner just amik masa 1/2 jam jek. So first thing yg aku buat..msk nasik dulu..then..kuarkan lauk terus masak. Kalau rajin msk sayur sekali. Mmg selalunya 1/2 jam siap ler 2 lauk..kalau 1 lauk lg senang..sekejap je dah siap (tp kalau ko kena goreng2 ayam ke ikan ke..mkn masa la sket kan..kot msk tomyam ke..sup ke..kari ke..kojap yo hehe). Sementara aku masak, Haziq gi mandi..abah dia layan adik. Habis masak..aku cepat2 gi mandi & buat le apa2 yg patut hehe. Kul 8pm mkn sama2..lewat2 pun 8.30pm ar kalau balik lambat (kalau ikut sejarah balik lambat & msk ler hehe) Siap mkn..kasi Haziq rehat kejap...pastu buat le keje sekolah dia tu. Camni la kot rutin hari2 sepanjang sekolah. Tu kalau mood rajin masak ...kalau penat..maybe lps ambik anak2 gi mkn kat luar je kot. Tp bosan dah la mkn luar...bukan sedap mana pun.

Ni sambil2 basuh kain aku ada masa gak update blog muahahaha...terer kan aku kakakaka.
Ok la...takde idea dah apa nk tulis ni...later2 lah update lg.
Posted by Mama 3H at 10:18 PM 3 comments

Monday, January 05, 2009

Tahun Baru 2009

Adam Haikal (rindunya kat budak kecik ni huhuhu)

Alhamdulillah kita dah masuk ke tahun baru. Lambat sket nak letak2 entry kat sini sebab syok merehat rehatkan diri. Kebetulan pulak Haikal cirit birit tak baik2 ...duhh..risau..risau. Dah 2 klinik pergi..tak ok..gi KPJ Kajang Specialist..tgk lg 5 hari camne. Hari ni gak utk pertama kalinya Haikal di hantar ke nursery uwaa..uwaa..sedihnya. Meraung dia kena tinggal td. Aku call pengasuh tu..dgr lg Haikal nangis. Mmg sedih betul rasanya. Kan best kalau bleh berhenti kerja tp bulan2 duit gaji dpt huhuhu. Si Abang pulak hari ni dah bersekolah semula. Nama je bersekolah hari pertama..sebenarnya hari ni pi daftar ngan bayar yuran jek. Pas settle semua dah boleh balik dah. Gi sekolah agama td pun ada ler 1/2 jam jek nak bayar yuran. Pastu gi restoran mamak breakfast jumpa lak neighbour2 Sri Hijau...borak2 pastu gi 'rompak' bank sekejap hahaha..biasa le..awal2 tahun mmg selalu 'rompak' bank. Esok dah start keje. Bosan..bosan...


Okay la..nak gi buat apa2 yg patut dulu. Jap lg nak gi sekolah kebangsaan pulak. Bz betul harini.




Posted by Mama 3H at 11:28 AM 4 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod