skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Mama 3H
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼ 2011 (1)
    • ▼ November (1)
      • Lamanya bersawang
  • ► 2009 (73)
    • ► December (2)
    • ► October (5)
    • ► September (5)
    • ► August (3)
    • ► July (12)
    • ► June (14)
    • ► May (8)
    • ► April (5)
    • ► March (3)
    • ► February (3)
    • ► January (13)
  • ► 2008 (18)
    • ► December (15)
    • ► November (3)

My Blog List

  • ~iamja is back~
    Test 1
    5 years ago
  • rilex kejab..hilangkan tension
    Random thoughts
    7 years ago
  • THE K.E.K's
    I am a milk factory and I am proud of it...
    11 years ago
  • .Live.Life.To.The.Fullest.
    im bored and i do miss blogging!
    11 years ago
  • My CrazyArtZone
    Maxi Skirt Putih
    12 years ago
  • ya saya
    B Y E B Y E
    14 years ago
  • Me vs Highheels
    GIAN
    14 years ago
  • Khadijah
    Birthdayku
    17 years ago
  • Sugarbuds
  • 3 Adam
  • u.m.m.i.z.z
  • ~ The Love of My Life ~
  • al-kisah sikudus

Followers

Site Meter

Diari Kehidupan

Thursday, February 26, 2009

Lepak2 dgn girlfriends

Malam tadi aku gi melepak dgn kengkawan sekolah aku kat Hulu Langat. Pergi makan kat Sri Murni Ikan Bakar. (otw ke Sg.Gabai tu). Sampai sana dlm kul 9.30pm. Makan sembang makan sembang... dekat kol 11.40pm baru nak gerak balik. Tp lps tu sambung balik lepak kat gerai mamak area Chan Sow Lin pulak hehehe. Gilos punya keje kan. Tp takper sekali sekala...(abah 2H pun tak marah muahahaha). Sampai umah ngam2 kul 2pagi. So skrg ni aku adalah sgt mengantuk...korang layan je la gambar2 kat bawah ni. Nak lagi gambar2..gi masuk kat Fb aku..jap lagi aku upload sumer gambar.

Layannnnnnnnnn............................























Agak2 kalau korang terliur tgk ikan2 tu...pergi la ye menjamu selera kat sini. Besttttt.





Posted by Mama 3H at 9:13 AM 7 comments

Wednesday, February 18, 2009

Terkenang semasa dulu.....

Ni ler gambar2 aku masa kecik2 dulu . Masa ni baya2 Haikal kot hehehe. Debab plak aku tgk gambar aku kecik2 ni hahahahha...layannnnnnnnnn



Macam kerang busuk aku sengih. Ni dah menurun kat Haikal kot sbb tiap kali ambik gambar dia mesti nak gelak camni hahaha.


Muka ku yg bolat hahahha. Topi camni glemer kot zaman dolu2 muahahaha
Ni plak dgn ucu izah aku (adik bongsu mak aku). Adik bongsu mak aku ni sebaya dgn tok laki aku hehe.
Ps : tgh bosan giler ni..sat lg aku nk telek gambo2 kat itm plak hahaha. nanti aku letak sini kakakaka.


Posted by Mama 3H at 9:33 AM 5 comments

Wednesday, February 11, 2009

Saya tak sihat

Lama betul takde entry kat blog aku ni kan. Bkn apa..aku tak sihat. Hari tu adik tak sihat, kali ni mama dia pulak. Duhh...letihhhhhh. Aku start rasa tak sihat Jumaat lepas before nak ke Singapore tu. Tapi lepas telan panadol mcm ok jek. Sabtu dlm kul 10am dah sampai Woodlands pastu terus ke umah MakLong aku. Ok lagi masa ni. Tp tiba malam aje badan aku dah rasa kejap sejuk..kejap panas. Hari pertama aku just pusing2 kat town & gi makan kat tempat famous sup tulang singapore.tu nanti la aku cerita). 2nd day..aku gi Sentosa. Mmg plan dari awal nk gi sini je. Haa..masa ni lah dah start naik 'jerawat' kat muka. Cuak gak la kan..ye la aku kan dah plan nak balik Isnin. So kat dlm Sentosa tu habiskan tempat2 yg aku nk gi melawat je la. AKu gi Underwater world & Dolphin Lagoon jek. Ikut kan byk tempat lg bleh pusing dlm tu. Ye la..dah bayar entrance fees..rugi ar kalau tak pergi. Lama gak la kitaorg kat dalam tu. Ptg tu dlm kul 6 aku tak tahan dah..badan dah seram sejuk..."jerawat" pun makin rancak la tumbuh huhuhu. Kebetulan plak anak teruna yg besar tu demam. Apa lagi balik KL je la. Lepas maghrib bergerak dari Woodlands. Dlm 8.30pm settle check kat immigration. Kul 11.30pm dah sampai Sri Hijau. (kira ar sdri berapa jam hahaha) . Esok paginya ...muka aku dah jadi macam bulan purnama..uwaaaaa...tension okeh. Aku kalau kena jerawat pun selalu kat dagu aje...ini sampai ke pipi, dahi, hidung...mmg comot giler muka ni. Skrg plak tgh kering chicken pox aku ni. Harap2 tak byk la parut. Dah la tu citer pasal cp aku ni. Kat bwh ni gambar2 aku & family (masa muka aku cun lagi hahaha) kat Sentosa Island, Singapore.



Ni before nak masuk underwater world.
Ni salah satu Merlion yg ada kt Singapore ni. Dlm Sentosa. 2 lagi kat town tuh.

Ps: Masa kat Sentosa ada gak org yg baik hati kasi free parking kat aku. Org tu kan keje kat Shangri-La Sentosa. Tgk kitaorg berlegar2 carik parking dia kata xper la masuk je parking hotel.Free. Hohoho..syiokkkk.Jimat duit aku okeh. Kalau nak parking kat Underwater World tu kan S$10/entry tau. Kalau duit M'sia..korang kira ar sdri. (Rate S$ lg tinggi dr A$ cehhh..padahal Spore takde la kelassss sgt ponnnnn :P:P)
Posted by Mama 3H at 6:20 PM 2 comments

Tuesday, January 27, 2009

Anak saya....

ADAM HAIKAL kena chicken pox!!!!!!!!!!

kesian anak saya. baru 1thn 6 bln dah kena. Balik dari nursery Jumaat lepas..pengasuh kata ada biji2 kat badan dia. Sekali gi bwk jumpa doctor mmg confirm la chicken pox. Yg saya geram tu..sblm Haikal kena...+/- 2 weeks ago..ada le sorang budak ni dlm umur 3-4 thn kena chicken pox. Yg best tu..time biji2 tu nk kering (bertukar jd cam kudis tu)..mak bapak dia bleh pi hantar ke nursery. Apa ke....eiiii geram betul. Time tu le senang menjangkit. So lps budak tu baik..Haikal & Dania (anak member sri hijau) pulak yg kena. Uwaaaa..siyan anak teruna. Penuh muka & badan. Skrg ni nampak mcm dah nak kering. Mesti berkesan2 la tu nanti. Korang ada apa2 petua tak tanak kasi berparut?? kalau ada sila la share ye. Saya sungguh susah hati memikirkan kesan2 parut lepas baik nanti. Uwaaaaaaa...tolonggg...tolongggggg :(
Posted by Mama 3H at 4:01 PM 8 comments

Friday, January 23, 2009

Entry masak memasak :P

Haritu Rina letak menu dinner dia kan . Harini saya letak menu dinner mlm td kat umah hahaa.
Ni menu org malas aje...sambal sardin, sayur kobis msk lemak dgn telur masin. sekali masak ketiga2 benda ni serentak atas dapur. Jimat masa saya hehe.





Dah siap......jom makannnn :D:D

Mlm ni nk masak apa pulak ek?? Tepu otak kadang2 sbb tak tau nak masak apa.
Posted by Mama 3H at 7:02 AM 10 comments

Wednesday, January 21, 2009

10 tahun yg lalu....

Mengantuk tahap gaban ni. Godek gambar2 kat pc terjumpa pic lama ni huhuhu. Ni ler gambar i masa kawen huhuhu. Tgk gambar ni buat aku tersenyum sendiri. Mana taknye...lain benar rope paras dolu & sekarang hahaha. Lantak la camne rope paras pun kan janji aku happy hehe.

Cerita pasal kawen ni...dah lama benar takde kenduri kawen dlm family aku. Last kenduri masa kawen adik aku yg no.3 tu time tsunami melanda (dec 2004). Adik aku yg bongsu bila plak ek?? tungguuuuuuuuu kad jemputan dari aku ye hehehe.


ps : esok aku akan ke habib klcc utk membeli ****** utk majlis ******* hihihi. syoknyeeeee.
Posted by Mama 3H at 3:21 PM 11 comments

Tuesday, January 20, 2009

Harini saya

C.U.T.I. separuh hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


kenapa?? nak gi merayap cari buku teks science haziq yg hilang....geramnya sayaaaaaaa. baru 2 minggu sekolah...dah hilang buku. Ni yg tak bestnya dpt buku pinjaman ni. Skrg ni susah tau nak cari buku teks kat kedai buku luar.

kat mana?? maybe jap lagi saya akan merayap kat Jln TAR aje. sana kan byk kedai buku. Cari je la jap lg kalau jumpa. Mintak2 jumpa la. Kalau tak..camne nak belajar kan. Lps tu boleh lah saya merayap ke Sogo pulak sementara nak tunggu tok laki saya kul 6 :D

ok..gerak dulu...babai
Posted by Mama 3H at 12:21 PM 4 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod